Thursday, October 1, 2009

Ikut wife pergi make over



1.Pagi kami sekeluarga bangun awal dari biase sebab wife ade event penting.Aku mestilah watak penting dalam cerita ni sebab aku jurugambar(ehem..ehem.) dan penunjuk jalan ke tempat lokasi.So..macam biase..aku bangun paling lambat ..tapi paling cepat siap, mengalahkan wife and my daughter

2.Tempat di tuju ss17 Subang Jaya.Aku ingat kena jumpa pukul 9.30(pukul 9.20 dah sampai sana), rupa-rupanya kul 10 . Apa lagi, pekena roti canai dulu.

3.Pukul sepuluh kami tiba dan selang beberapa minit, client pun sampai.

4.Tak banyak yang aku borakkan sebab aku concerntrate amik gambar dan mengawasi tingkah laku anak aku agar tiada kerosakan muka bumi dapat dilakukan.

5.Semua berjalan lancar sehinggalah tamat sesi make over ni.Client sangat gembira, dan aku teruja dengan hasilnya.Moga-moga wife aku berjaya menjadi make up artist terkanal satu hari nanti ..Amin

6.Sape-sape yang berminat mendapat khidmat make up boleh lah kunjungi blog wife ku di www.petitetouch.blogspot.com








Tuesday, September 29, 2009

Sarapan Pagi


1.Biasanya sarapan pagi, kita makan sesuatu yang tak cukup berat,contohnya roti, sandwich, mee hun, kuih muih.

2.Tapi kadang-kadang bila nak nak buat tugas yang berat contohnya pergi menoreh getah, buat rumah, mencangkul atau apa saja kerja berat, aku suka lagi amik nasi.

3.Bila makan nasi pagi, perut boleh lah bertahan sampai pukul 1 tghr,...kalau tak..kul 12 aku dah lapar.

4.Pengambilan nasi masa sarapan pagi ni telah berlaku juga kepada anak aku,pagi-pagi dah minta nasi...agaknya metabolisme dia pun sama macam aku.

5.Takpelah dik...janji jangan minta bukan-bukan sudah lah..hihihi

Ni sarapan dia..nasi + kicap + sosej

Makan lagi dik..jangann pandang belakang

Wednesday, July 22, 2009

Industri Geragau Di Perak

Selama3 hari bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan mengiringi KetuaJabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian,Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akanmenyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baikambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatansepanjang hidup.

Akupasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa terujadengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi gorengmemang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.


Akuterjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepastiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini.Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas diatas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti inidibuat di atas pangkin khas.

Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.

Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.



Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijaktanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?

Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.



Anjing-anjingtersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.

Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.

Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terusmenghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..

Gambardi atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian,masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala.Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia,kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!


p/s: kita bleh stop beli, masalahnya kalu mkn kt kedai sure tukang masak guna sumber2 gini. derang pedulik hapa.
sumber: http://eforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=428421&extra=page%3D1

Wednesday, July 15, 2009

Mencari Alasan

1.Mencari alasan memang sikap yang ada dalam diri mana-mana manusia pun di dunia ni.Tak kira kecil, besar,tua,muda,melayu,cina dan memang semua orang suka mencari dan memberi alasan.

2.Alasan ni dibuat supaya dapat mengelak dari masalah yang di hadapi.

3.Contoh alasan yang popular adalah "aku tak de masa lah...." "mak sedara aku meninggal lah..." "kereta aku pancit lahh.." "kucing aku nak beranak lah..." dan macam-macam lagi.

4.Apa jua alasan yang di beri,ia cuma dapat mengelak masalah untuk sementara waktu.Dan ia bukan penyelesai masalah secara total!

5.Oleh itu,berdepan lah dengan masalah dan jangan cari alasan mengapa dah lama tak update blog!!hihi

6.Ohh baru aku teringat,Satu golongan manusia sahaja yang tak suka mencari dan memberi alasan ni iaitu golongan yang berjaya.Ya! orang yang ingin berjaya dan sedang meniti tangga kejayaan.

7.Alasan hampir tiada dalam kamus orang yang berjaya.Yang ada hanya alasan untuk menjadi orang berjaya!

Thursday, June 25, 2009

Jalan-jalan Ke Langkawi

Pahlawan Negara

1.Baru-baru ni aku ke Langkawi bersama 2 orang member baik aku pet n sidiq

2.Pergi ke langkawi ni sebenarnya tak dirancang. Tiba-tiba tergerak nak pergi semasa kami berborak kat kedai kopi

3.Lapan tahun dah aku tak singgah langkawi.Kali terakhir aku pergi semasa konvesyen keusahawanan di MRSM Langkawi

4.Kita orang pergi bertiga naik kereta dan drive dr KL ke Kuala Perlis.Klau x berenti...5 jam lebih dah sampai,tapi di sebabkan kitaorang berenti 3 kali...so dekat 7 jam perjalanan

5.Budget kitaorang ciput je....RM300 sorang untuk penginapan,kereta sewa,minyak,toll dan makan2 di langkawi dan jalan-jalan kat sana 4 hari 3 malam (2 malam tido kat highway..hahaha)


Tempat tido kami Twin Peaks Island Resort

Bertolak dengan Feri ke langkawi..macam bullet train plak kan..hihi

Dari dalam kereta kabel..pemandangan laut

Di puncak Gunung Mat Cincang

Permandangan indah di puncak gunung...menenangkan

Nelayan di tepi jeti

ABC langkawi...sedapppppp

Syurga coklat

Pukul 8 mlm di Arau Perlis..On da way balik ke KL

6.Pengalaman yang menyeronokkan dan aku rasa mcm tak puas lak....dengan rm300 anda mampu melancong ke Langkawi....


Friday, May 22, 2009

Alasan kenapa Aku malas study

1.Musim exam sedang melanda di mana-mana universiti skang ni....

2.Zaman exam ni dah lama aku tinggalkan...

3.Tapi masa tengah belajar dulu,aku ni kira malas jugaklah nak study....enjoy je time tu..ntah ape aku fikir time tu.

4.Aku malas study pun ade sebab......Aku dah buatkan formula math di bawah..korang fikir-fikirkan lah....

p/s: jangan terpengaruh.....di cilok dari cari.com.my hihi

Monday, May 18, 2009

Gambar Kanak-kanak masa gathering.






















P/s: Seronoknya jadi kanak-kanak